Skip to content

Panduan Ibu Bapa

Perlukah anda bimbang akan tumbesaran anak anda?

Bagus sekiranya anda mahukan anak anda mempunyai berat dan ketinggian yang ideal. Tumbesaran mencerminkan kesihatan dan perkembangan keseluruhan anak anda, dan menyumbang kepada keyakinan diri dan pencapaian sekolah yang lebih baik.

Jadi, adakah anak anda membesar dengan baik?

Anda mungkin merasakan anak anda membesar dengan baik. Namun, pada usia begini, sukar untuk mengetahui sama ada tumbesaran anak anda berlaku dengan terlalu sedikit, terlalu perlahan atau tidak menentu. Dengan menggunakan carta tumbesaran WHO, anda dapat mengetahui sama ada tumbesaran anak anda adalah normal atau tidak.

Adakah anda mahu membantu anak membesar dengan baik?

Doktor anda boleh bantu! Dengan mengukur dan menilai tumbesaran anak anda secara berkala, doktor anda dapat mengesan sebarang kemungkinan masalah, dan memberikan nasihat yang sewajarnya dalam pemberian makanan, pemakanan, aktiviti fizikal, tidur dan perkara penting lain yang akan membantu anak anda mencapai potensi tumbesaran mereka.

Tidak pasti di mana untuk berjumpa doktor yang boleh membantu anak anda?

Anda mungkin boleh mendapatkan
khidmat nasihat pengamal IMFeD!